Back to home page

Padd Solutions

Converted by Falcon Hive

Moga Ramadhan kali ni lain dari yang sebelum- sebelum nya..

Ahh lunak sungguh suara imam isya' hari ni. Sebak walaupun tak faham maksud

"If"

12:46 PM 5 contengan

If I were meant to be the last candidate during interview or in any events, is there anyone who will wait for me?

A thought to ponder.

Tempat Ini

9:35 AM 5 contengan

Salam...

Semuanya bermula di sini


dan di Kenanga 12 bed 14

Salam...

I dont know why it is so hard lately..

One day

6:07 PM 0 contengan

We need to appreciate people around you...


...Including me.


Because one day, they will walk away without you noticing it...
... & I will die one day...

and you will realize it when they are I'm gone



Thank you
Assalamualaikum..

Less than 84 days to go. Super-nervous.

Baru setel 2nd last major posting which was surgery and orthopedics postings. Next week start with Anesth and Emergency postings followed by the very last posting which is Paediatrics. Paeds? Eurgh!

Last posting memang posting yang paling grrr nebes dan tensen tahap dewa. Aku tak tahu kenapa tapi I could feel the difference compared to previous postings. Seriously, tak tahu kenapa. Aku jadi manusia yang paling mengelabah (ok aku memang dari azali ade darah gemuruh) tapi this time, nauzubillah, seriously aku tak boleh nak control. While waiting for my turn, terasa macam nak pengsan!

Aku doa untuk jadi manusia yang paling tenang waktu tu. 

Treett Tett (bunyi sms):

"Ada case rectal proplapse, yada yada yada" 

What? Rectal prolapse? Demm!

Emergency revision.

Tapi Alhamdulillah aku tak dapat case tu. Breast Ca stage 4 with bone and brain mets untuk long case. Alhamdulillah lagi sekali aku dapat control nebes aku bila berhadapan dengan Dato. Semua dia tanya, alhamdulillah dapat dijawab walaupun aku tahu jawapan aku salah sehingga Dato sendiri kata "You are so confident. Go back and check" hahahah sengal kan? Tapi bila anda confident, setakat soalan-soalan yang tak dapat jawap 1-2 tu examiner akan pejam mata je. Kalau tak, perghh sampai mati diorang ingat kesalahan korang. hahaha.

Ok, bila tiba time short case, aku dapat examiner yang tak berapa aku suka. Kena soal memang soalan basic. Tak apa lagi. Tapi bila dicop "serious sikit boleh?" terus confident level aku jatuh menjunam macam saham jatuh. Dan terus menerus thought blocked. Hampeh!. Aku= Tak serious? Pelik sungguh. Erghh! Hanya mohon untuk lulus short case aku. -Bengang-

So far aku rasa la, bila nak menjawab oral question, confident mesti ada walaupun tak de la tahu banyak benda pun, because, bila confident, korang dapat berfikir yang rational.

Moga confident time professional exam 25 hb 6 ni. Amin!


Alhamdulillah

11:18 PM 2 contengan

Assalamualaikum

The best moment finally ensued


Alhamdulillah. Tak terkata syukur ku pada Mu ya Ilahi

"Allah yusahhil. Permudahkan segala urusan aku ya Rabb"
98d:12h:19m left for my future undertaking



And at the same time, take myself less seriously

Under-Promise, Over-Deliver

.The reversed of it.

Kadang-kadang

12:51 PM 4 contengan

Salam :)

"If you wanna go FAST, go ALONE. If you wanna go FAR, go TOGETHER"

Inilah yang aku selalu dengar tapi jarang dipraktikkan dalam kehidupan. Kadang-kadang  Sekarang ni, aku kena belajar how to be independent. Bila terlalu dependent, orang dah tak kisah lagi. Well, final professional exam lagi beberapa bulan. Dah boleh kira dengan sebelah tangan aja. Takut. Cuak. Butterflies in the stomach. And all kind of flies lah ada! Tapi tak insaf-insaf. Haha.

Bila dah dihujung-hujung tanduk ni, rasa macam nak rewind balik masa. Nak masuk balik jadi year 4 medical student. (tak mahu sebenarnya). Tapi, aku nak belajar rajin-rajin. Manfaatkan masa yang ada and menuntut ilmu lillahi ta'ala dan untuk masa depan. Bukan hanya kerana peperiksaan semata-mata. Dulu belajar, tak faham konsep. Belaaaaajjjaaarrr  jeee. Prof kata A, aku bagi A juga. Tapi tak faham konsep. Ya Allah, rugi sungguh rasa nya. Sekarang ni terpaksalah struggle.

Sebenarnya, belajar medicine ni best. Sebab ianya unik. I had the feeling of regret being in a medical world. Mungkin sebab isu-isu semasa kat uni. Tapi Betul lah kawan aku kata "to create a path is difficult compared to follow the path". Tapi sekarang, aku rasa bersyukur. Dan aku harapkan syukur aku ni kekal sampai nafas yang terakhir.
Salam~

My bestfriend's wedding!
Mabruk wa barakallahulakuma Asyura & Firhan
Semoga antum bercinta hingga ke syurga


Terasa sebak bila kawan dari kecil dah kahwin. Dulu dok main masak-masak. Dok kenekan orang time sekolah. Pergi sekolah sama-sama. Makan senyap-senyap time kelas sejarah, add math dan math mod (cikgu sekolah aku tak buka blog aku kan?)

Dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah. Banyak yang diborakkan. Non-stop gossip sana sini. dari medical thinggy sampai isu-isu sosial. Dari zaman budak sekolah suka bergosip. Waa rindu korang!! Kering mulut nyah gosip dengan uols~ hahaha

Korang la tempat aku mengadu domba dan tempat aku berhu-ha macam orang tak betul


Ini bukan kat kenduri kahwin. Lari kejap pegi makan kat tempat lain haha

Best friends forever

Lepas ni mesti dah susah nak jumpa kan?

Awak

12:52 AM 0 contengan

Salam wak...


Saya tahu awak tak baca blog saya. Tapi kalau awak terbaca, saya nak minta maaf dengan keceluparan mulut saya. Saya mengaku saya bersalah. Saya minta maaf T_T


Yang betul-betul mengaku bersalah:
Saya
?
Assalamualaikum awak..

Saya nak beritahu awak satu benda :)

Kalau saya tengah sedih ke marah ke PMS ke ting tong ke tiba-tiba moody tak tentu arah, merajuk ke, peluk dan pujuk lah saya dengan kata-kata atau tingkah laku. Saya mungkin keras kepala hati batu, tapi, saya sebenarnya lembut dan ketagihkan kasih sayang kamu.

Sekian...

ps: Si isteri kadang-kadang tak hasratkan dan kadang-kadang si suami tak nampak. so i beritahu la kat sini yeh :)

pss: ini hanya boleh diapply untuk yang dah berkahwin sahaja :)

pss: Yuna-terukir dibintang

Nota kaki busuk:
Tujuan topic ini: Takde motif hahaha ngantuukk Zzz takleh tido -.-

Redha..

6:05 PM 0 contengan

Segagah-gagah seseorang, setomboy-tomboy seseorang, sehu-ha hu-ha seseorang itu, secool-cool seseorang itu, tiada sesiapa yang tahu apa yang dia lalui dan rasai.

"Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla. Allahumma yassir wa la tua'ssir fi kulli makan, fi kulli zaman, fi dunnia wa akhirah"- Ya Allah, permudahkan la segala urusan ku dunia akhirat

Kuatkanlah aku ya Allah. Kuatkan hati ini. Izinkan aku untuk lalui semua ini. Kawan-kawan, minta tolong doakan.
Assalamualaikum Adel!

Acu ♥ Adel 


Ahlan Wasahlan Nuradelza fi haza dunia. Moga jadi anak yang solehah dunia akhirat ye sayang 



Nota Kaki:

Ok harus kembali ke realiti. Esok ade mock paed's exam dan aku tak start baca ape2 lagi huu

Syukur

4:19 PM 0 contengan

Salam

Aku ingat lagi satu kes dulu masa aku 3rd year. 2nd professional exam together with the other exams. Stress memang aku tak tahu nak kata apa. Then, ada seorang teman datang mengadu.

"Tension!"

"Kenapa?" 

"Orang lain selalu last minute hafal quran, senang je nak ingat. Aku? Susah gila nak ingat. Asik ulang-ulang ayat yang sama. Dah la nak kena bace untuk pro-exam juga ni!"

Teman, 

Allah tak tengok pada natijah (hasil) kepada sesuatu yang kita lakukan. Tapi Allah melihat pada usaha yang kita lakukan.

"Kau sebut berulang-ulang ayat Allah, dapat pahala tau. Kaw ulang 10x, kaw dapat 10x ganda pahala. Kawan kaw sebut 2x je. 2x ganda pahala aja la dia dapat"



Sama la juga bila tiba bab study. 


Study macam nak rak. Tidur macam serupa tak tidur. Nota berduyun2. Photostet sana. Photostet sini. Buat nota tampal sana tampal sini habis penuh semua dinding kat bilik. Tension. Bila keluar dari exam hall "Arghhh!! Tension gila bab tak dapat jawab soalan tadi!! Failed la aku macam ni". Tup tup bila result keluar, biasa je.

Tapi ada juga golongan yang tidur dalam kelas. Hu-ha. Tak datang kelas. Main facebook 24/7/365. Datang kelas ikut suka hati. Last minute study. Tension. Bila keluar dari exam hall "Arghhh!! Tension gila bab tak dapat jawab soalan tadi!! Failed la aku macam ni". Tup tup bila result keluar, excellent with flying colors.

Bukan nak kata golongan ni teruk. Mereka hebat. Mungkin kita tak nampak apa yang dilakukan disebalik daun pintu. Entah-entah, mind-maps beduyun dalam files. Mereka mungkin study smart.

Tapi ada juga dari combination 2 golongan ni dan result excellent gak kuikui

Tapi wahai teman,  apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini, Allah tengok pada usaha kamu. Rezeki masing-masing. Bersyukurlah. Lulus pun dah kira bagus. Cuba fikir untuk orang yang failed? Mereka lagi sedih. Maka, tadah kedua tapak tangan, sujud dahi menyembah lantai pada yang Ilahi.

Bersyukur. Kang Allah tarik nikmat baru hang tahu!




Peace. Takde kene mengene antara yang hidup atau pun yang dah mati. Sekian~
Salam..


My prayers are always with you :)

Manusia

12:43 PM 5 contengan

Memang banyak perangai. Memang banyak ragam.

Kalau itu dah jodoh dia, doakan aja la. Kalau bukan dah itu jodoh dia, kenapa nak pertikai kan? Kenapa nak suka cakap belakang. pot pet pot pet tambah dosa. Doa kan lagi bagus. Cakap buat lawak ikut sedap lidah aja, tak fikir panjang sebelum berkata-kata, cuba-cuba la ada sikap sensitif sikit. Ini main lepas macam laser zreett zreett! Kepada telinga yang mendengar, buat-buat husnul zhan. Cuba fikir yang positif-positif. Seriously, kalau itu dah takdir dia, siapa kita nak pertikaikan. Doakan lagi baik. Aku bukan nya baik sangat, tapi betul apa yang aku cakap ni? Kalau salah, boleh la betulkan.


Tak sabar nak grad and mem-blah-kan diri

Kepada kawan-kawan medical posting, Good luck. Few more months to go.