Back to home page

Padd Solutions

Converted by Falcon Hive

?
Assalamualaikum awak..

Saya nak beritahu awak satu benda :)

Kalau saya tengah sedih ke marah ke PMS ke ting tong ke tiba-tiba moody tak tentu arah, merajuk ke, peluk dan pujuk lah saya dengan kata-kata atau tingkah laku. Saya mungkin keras kepala hati batu, tapi, saya sebenarnya lembut dan ketagihkan kasih sayang kamu.

Sekian...

ps: Si isteri kadang-kadang tak hasratkan dan kadang-kadang si suami tak nampak. so i beritahu la kat sini yeh :)

pss: ini hanya boleh diapply untuk yang dah berkahwin sahaja :)

pss: Yuna-terukir dibintang

Nota kaki busuk:
Tujuan topic ini: Takde motif hahaha ngantuukk Zzz takleh tido -.-

Redha..

6:05 PM 0 contengan

Segagah-gagah seseorang, setomboy-tomboy seseorang, sehu-ha hu-ha seseorang itu, secool-cool seseorang itu, tiada sesiapa yang tahu apa yang dia lalui dan rasai.

"Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla. Allahumma yassir wa la tua'ssir fi kulli makan, fi kulli zaman, fi dunnia wa akhirah"- Ya Allah, permudahkan la segala urusan ku dunia akhirat

Kuatkanlah aku ya Allah. Kuatkan hati ini. Izinkan aku untuk lalui semua ini. Kawan-kawan, minta tolong doakan.
Assalamualaikum Adel!

Acu ♥ Adel 


Ahlan Wasahlan Nuradelza fi haza dunia. Moga jadi anak yang solehah dunia akhirat ye sayang 



Nota Kaki:

Ok harus kembali ke realiti. Esok ade mock paed's exam dan aku tak start baca ape2 lagi huu

Syukur

4:19 PM 0 contengan

Salam

Aku ingat lagi satu kes dulu masa aku 3rd year. 2nd professional exam together with the other exams. Stress memang aku tak tahu nak kata apa. Then, ada seorang teman datang mengadu.

"Tension!"

"Kenapa?" 

"Orang lain selalu last minute hafal quran, senang je nak ingat. Aku? Susah gila nak ingat. Asik ulang-ulang ayat yang sama. Dah la nak kena bace untuk pro-exam juga ni!"

Teman, 

Allah tak tengok pada natijah (hasil) kepada sesuatu yang kita lakukan. Tapi Allah melihat pada usaha yang kita lakukan.

"Kau sebut berulang-ulang ayat Allah, dapat pahala tau. Kaw ulang 10x, kaw dapat 10x ganda pahala. Kawan kaw sebut 2x je. 2x ganda pahala aja la dia dapat"



Sama la juga bila tiba bab study. 


Study macam nak rak. Tidur macam serupa tak tidur. Nota berduyun2. Photostet sana. Photostet sini. Buat nota tampal sana tampal sini habis penuh semua dinding kat bilik. Tension. Bila keluar dari exam hall "Arghhh!! Tension gila bab tak dapat jawab soalan tadi!! Failed la aku macam ni". Tup tup bila result keluar, biasa je.

Tapi ada juga golongan yang tidur dalam kelas. Hu-ha. Tak datang kelas. Main facebook 24/7/365. Datang kelas ikut suka hati. Last minute study. Tension. Bila keluar dari exam hall "Arghhh!! Tension gila bab tak dapat jawab soalan tadi!! Failed la aku macam ni". Tup tup bila result keluar, excellent with flying colors.

Bukan nak kata golongan ni teruk. Mereka hebat. Mungkin kita tak nampak apa yang dilakukan disebalik daun pintu. Entah-entah, mind-maps beduyun dalam files. Mereka mungkin study smart.

Tapi ada juga dari combination 2 golongan ni dan result excellent gak kuikui

Tapi wahai teman,  apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini, Allah tengok pada usaha kamu. Rezeki masing-masing. Bersyukurlah. Lulus pun dah kira bagus. Cuba fikir untuk orang yang failed? Mereka lagi sedih. Maka, tadah kedua tapak tangan, sujud dahi menyembah lantai pada yang Ilahi.

Bersyukur. Kang Allah tarik nikmat baru hang tahu!




Peace. Takde kene mengene antara yang hidup atau pun yang dah mati. Sekian~